SEJARAH

SMKBP mula ditubuhkan pada tahun 1975. Terletak di Kampung Bukit Payong, Jerteh, Besut, Terengganu. Jarak sekolah ke Bandar Jerteh ialah 20 KM.
Pada awal penubuhannya, iaitu pada 1 Januari 1977, sekolah ini hanya mempunyai dua buah bangunan sahaja yang terdiri daripada lapan kelas, dua makmal, satu perpustakaan, satu bilik masakan dan satu bilik jahitan. Di samping dua bangunan tersebut, ada sebuah kantin dan sebuah bengkel seni perusahaan bagi menampung seramai 143 orang pelajar dan 8 orang guru.
Pada tahun 1978 bilangan pelajar bertambah seramai 264 orang dan guru seramai 10 orang. Bagi menampung keperluan jumlah pelajar yang semakin bertambah, beberapa bangunan baru dibina iaitu Blok B dan Blok E dan digunakan pada 1986. Pada bulan Mei 1991 sebuah lagi bangunan 3 tingkat dibina yang mempunyai 11 bilik darjah dan 2 bilik guru. Pada tahun 1993, sekolah ini telah mendapat sebuah dewan terbuka dengan kerjasama PIBG.
Dengan keluasan lebih kurang 10 ekar, kini bangunan SMKBP telah bertambah dengan terbinanya 3 Blok baru dan sebuah Dewan yang dikenali Dewan Mercu pada tahun 2002 dan mula digunakan pada tahun 2003. Diikuti pembinaan makmal komputer yang dibina untuk kemudahan pelajar.
Dengan pertambahan pasarana ini, bilangan guru dan pelajar bertambah. Kini, jumlah guru ialah 100 orang dan pelajar pula lebih 1500 orang.

Sumber : Majalah Mercu Edisi 10


Tiada ulasan:

Catat Ulasan