Ahad, 27 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2012
Pada 21 Mei 2012 yang lepas, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung dengan meriah  dimana disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Perasmian Hari Guru yang gilang-gemilang itu telah disempurnakan dengan paluan kertok oleh YAB Menteri Besar Terengganu dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin, dif jemputan dan warga pendidik seramai 3,000 orang.

Antara 3 000 orang pendidik yang hadir
Bekas Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Terengganu, Mohd. Nor Othman, 60, telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri sempena majlis sambutan Hari Guru ke-41 peringkat negeri tahun ini. Beliau ketika ditemui selepas majlis tersebut, menyifatkan kerjaya sebagai guru selama 32 tahun adalah mencabar dan menganggapnya sebagai ibadah untuk memotivasikan dirinya melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan cemerlang. Beliau yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berazam terus memberi sumbangan terhadap sektor pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu yang mahu dikenali sebagai negeri anjung ilmu dan kuasa baru pendidikan tanah air.

Tokoh Guru  Negeri Tahun 2012
Bersama rakan-rakan guru yang hadir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan