Jom pakat gi Karnival Buku Terengganu!!!
Rabu, 4 Julai 2012
Ahad, 27 Mei 2012
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012
![]() |
| Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2012 |
![]() |
| Antara 3 000 orang pendidik yang hadir |
Bekas Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Terengganu, Mohd. Nor Othman, 60, telah
dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri sempena majlis sambutan Hari Guru
ke-41 peringkat negeri tahun ini. Beliau ketika ditemui selepas majlis
tersebut, menyifatkan kerjaya sebagai guru selama 32 tahun adalah
mencabar dan menganggapnya sebagai ibadah untuk memotivasikan dirinya
melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan cemerlang. Beliau yang juga
Anggota Parlimen Hulu Terengganu berazam terus memberi sumbangan
terhadap sektor pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan negeri
Terengganu yang mahu dikenali sebagai negeri anjung ilmu dan kuasa baru
pendidikan tanah air.
![]() | |
| Tokoh Guru Negeri Tahun 2012 |
| Bersama rakan-rakan guru yang hadir |
Selasa, 15 Mei 2012
SELAMAT HARI GURU TAHUN 2012
16 Mei datang lagi... Kami Pengawas PSS mengucapkan Selamat Hari Guru kepada En. Mustapa Bin Abd Razak,Tn. Pengetua, barisan pentadbir dan semua guru SMK Bukit Payong. Budi dan jasa guru dikenang sepanjang hayat.
Juga Ucapan Selamat hari guru untuk semua guru PSS, antaranya Cikgu Noraini, Cikgu Rusnani, Cikgu Maria, Cikgu Noor Adila, Cikgu Nor Aiani, Cikgu Hasdarina, Cikgu Wani, Cikgu Shakeri, Cikgu Saifuddin, Cikgu Asmadi, Cikgu Khairulazwa, Cikgu Siti Nur Fatihah, Cikgu Rohana, Cikgu Anis, Cikgu Anisah, Cikgu Siti Faizah dan ramai lagi. Terima kasih atas kerjasama cikgu semua.
Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada guru-guru yang sering ke perpustakaan dan menggunakan kemudahan Pusat Sumber sekolah kita..teruskan sokongan untuk pusat sumber kita. Terima kasih cikgu....Kami mohon maaf jika ada antara kami yang melakukan kesilapan. maafkan kami.
Kepada semua rakan pengawas PSS, terima kasih atas idea dan kerjasama kalian dalam menyiapkan perhargaan untuk guru-guru dalam bentuk kad ucapan dan hadiah yang disediakan. Terima kasih..
| Pengawas PSS |
Di bawah ni...ada pantun untuk sama-sama hayati..
A-B-C dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat
Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan
Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!
Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun
Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
" SELAMAT HARI GURU "
Daripada Unit Media PSS 2012
Khamis, 10 Mei 2012
KEM NILAM KEBANGSAAN 2012
Kem tersebut dijalankan di BTPN Selangor pada 26 hingga 28 April
2012 lepas dengan melibatkan peserta daripada seluruh Malaysia. Penutup dan kemuncak
majlis telah diadakan di Dewan PWTC sempena Pesta Buku yang sedang
berlangsung di sana. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dr Amin bin
Senin selaku Timbalan KPPM Bahagian Dasar & Pembangunan Pendidikan.
Berikut adalah Keputusan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan dan Tokoh Nilam Kebangsaan 2012. Tahniah kepada semua yang berjaya
KEPUTUSAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
Kategori Sekolah Rendah
KEPUTUSAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
Sekolah Rendah
Gambar :
Berikut adalah Keputusan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan dan Tokoh Nilam Kebangsaan 2012. Tahniah kepada semua yang berjaya
KEPUTUSAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
Kategori Sekolah Rendah
- Tokoh NILAM | Selangor | Sharifah Elira Shahabudin binti Syed Naqiz Shahabudin | SK Seksyen 9
- Naib Johan | Terengganu | Nurul Syazwina binti Mohd. Sukri | SK Tapah
- Ketiga | WP Kuala Lumpur | Cecelia Tan Xiyie | SK Puteri Pandan 2
- Saguhati | Negeri Sembilan | Nur Aliah Afiqah binti Mohd Sidik | SK Chembong
- Saguhati | Sarawak | Rachel Boon Hui Hui | SK Jalan Ong Tiang Swee
- Tokoh NILAM | WP Kuala Lumpur Regina Tan Jia Xin | SMK Aminuddin Baki
- Naib Johan | Perak Anand Phraseart a/l Ma Noon | SMK Taman Tasek Taiping
- Ketiga | Johor | Nadsri bin Amir | SMK Sri Alam
- Saguhati | Pahang | Wan Nurul Izzati binti Wan Mohamad Zahari | SM Sains Tengku Abdullah
- Saguhati | Sarawak | Edward Sim Chi Pheng | SMK St. Joseph, Kuching
KEPUTUSAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
Sekolah Rendah
- Juara | Johor | SK Ledang
- Naib Johan | Sabah | SK Taman Rimba
- Ketiga | Kelantan |SK Panji
- Keempat | Perak | SK Taman Jana
- Kelima | Melaka | SK Bukit Baru
- Juara | Kelantan | SMK Zainab 1
- Naib Johan | Kedah | SMK Pekula Jaya
- Ketiga | Johor | SMK Parit Bunga
- Keempat | Pahang | SMK Inderapura
- Kelima | Negeri Sembilan | SMK King George V
Gambar :
| Anugerah PSS 2012 |
| Anugerah NILAM Kebangsaan 2012 |
KEM JATI DIRI KELAB PSS TAHUN 2012
TARIKH : 5 DAN 6 MEI 2012
HARI : SABTU HINGGA AHAD
TEMPAT : LAGUNA AGRO, SETIU, TERENGGANU.
PESERTA : 40 ORANG AHLI KELAB PSS
GURU : 8 ORANG GURU
OBJEKTIF :
- MELATIH KERJA BERKUMPULAN, PATUH KEPADA PERATURAN DAN ARAHAN SERTA HORMAT-MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.
- MEMUPUK KESABARAN DAN SEMANGAT KERJASAMA SEMASA DI DALAM SITUASI KESUKARAN.
- MEMBERI MOTIVASI KEPADA PELAJAR DALAM MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI DAN BERUPAYA MELAKSANAKAN TUGASAN YANG MENCABAR.
AKTIVITI LASAK DAN LDK
![]() |
| AKTIVITI HARI PERTAMA |
![]() |
| AKTIVITI PADA WAKTU MALAM |
![]() |
| AKTIVITI HARI KEDUA |
Rabu, 25 April 2012
KURSUS PEMPROSESAN BUKU DI PERPUSTAKAAN NEGERI TERENGGANU
Tarikh : 16 April 2012
Hari : Isnin
Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg
Tempat : Perpustakaan Negeri Terengganu
Bil peserta : 38 orang pengawas PSS
Guru pengiring :
Hari : Isnin
Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg
Tempat : Perpustakaan Negeri Terengganu
Bil peserta : 38 orang pengawas PSS
Guru pengiring :
- Pn. Noraini Abdullah
- Pn. Nor Aiani Ismail
- Pn. Hasdarina Bt Husin
Objektif :
- Memberikan pengetahuan kepada pengawas pusat sumber cara memproses buku yang betul di Perpustakaan,
- Memberikan pengenalan tentang jenis-jenis buku dan majalah untuk dikodkan.
- Memberi pendedahan yang sebenar kepada pengawas pusat sumber tentang ilmu, tugas dan tanggungjawab seorang pengawas pusat sumber yang sebenar.
- Membentuk pengawas pusat sumber yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berkebolehan menguruskan bahan-bahan di pusat sumber.
Langgan:
Catatan (Atom)








