NILAM

PENGENALAN


         NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan   warga sekolah. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. 
            Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
           Budaya suka membaca dalam kalangan pelajar peringkat sekolah ini kurang memuaskan. Sehubungan  itu, pihak sekolah dan Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah merancang pada setiap tahun beberapa aktiviti yang sesuai dengan tahap pelajar di sekolah ini.
  
MATLAMAT

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.

OBJEKTIF

i.                    Menjadikan pelajar suka membaca.
ii.                  menarik minat lebih ramai pelajar menyertai pelbagai aktiviti galakan membaca
iii.                melahirkan pelajar yang cintakan ilmu.
iv.                Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca

 
KOMPONEN
i.    Membaca dan merekod bahan bacaan

ii.   Mengesahkan rekod dan mengumpul data
    
iii.   Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran

 TAHAP PENCAPAIAN NILAM

1. Tahap Jauhari
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:


Jumlah Buku
Pengiktirafan
72 - 143
Gangsa
144 - 215
Perak
216 - 287
Emas
288 ke atas
NILAM


2. Tahap Rakan Pembaca
Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP.

Jumlah markah aktiviti
Pengiktirafan
100 – 199
Gangsa
200– 299
Perak
300 – 399
Emas
400  ke atas
NILAM


TOKOH NILAM


PENCAPAIAN NILAM
  • TAHUN 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan