Ahad, 27 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2012
Pada 21 Mei 2012 yang lepas, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung dengan meriah  dimana disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Perasmian Hari Guru yang gilang-gemilang itu telah disempurnakan dengan paluan kertok oleh YAB Menteri Besar Terengganu dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin, dif jemputan dan warga pendidik seramai 3,000 orang.

Antara 3 000 orang pendidik yang hadir
Bekas Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Terengganu, Mohd. Nor Othman, 60, telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri sempena majlis sambutan Hari Guru ke-41 peringkat negeri tahun ini. Beliau ketika ditemui selepas majlis tersebut, menyifatkan kerjaya sebagai guru selama 32 tahun adalah mencabar dan menganggapnya sebagai ibadah untuk memotivasikan dirinya melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan cemerlang. Beliau yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berazam terus memberi sumbangan terhadap sektor pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu yang mahu dikenali sebagai negeri anjung ilmu dan kuasa baru pendidikan tanah air.

Tokoh Guru  Negeri Tahun 2012
Bersama rakan-rakan guru yang hadir

Selasa, 15 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2012


16 Mei datang lagi... Kami Pengawas PSS mengucapkan Selamat Hari Guru kepada En. Mustapa Bin Abd Razak,Tn. Pengetua, barisan pentadbir dan semua guru SMK Bukit Payong. Budi dan jasa guru dikenang sepanjang hayat.

Juga Ucapan Selamat hari guru untuk semua guru PSS, antaranya Cikgu Noraini, Cikgu Rusnani, Cikgu Maria, Cikgu Noor Adila, Cikgu Nor Aiani, Cikgu Hasdarina, Cikgu Wani, Cikgu Shakeri, Cikgu Saifuddin, Cikgu Asmadi, Cikgu Khairulazwa, Cikgu Siti Nur Fatihah, Cikgu Rohana, Cikgu Anis, Cikgu Anisah, Cikgu Siti Faizah dan ramai lagi. Terima kasih atas kerjasama cikgu semua.

Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada guru-guru yang sering ke perpustakaan dan menggunakan kemudahan Pusat Sumber sekolah kita..teruskan sokongan untuk pusat sumber kita. Terima kasih cikgu....Kami mohon maaf jika ada antara kami yang melakukan kesilapan. maafkan kami.

Kepada semua rakan pengawas PSS, terima kasih atas idea dan kerjasama kalian dalam menyiapkan perhargaan untuk guru-guru dalam bentuk kad ucapan dan hadiah yang disediakan. Terima kasih..

Pengawas PSS

Di bawah ni...ada pantun untuk sama-sama hayati..

 A-B-C dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu






" SELAMAT HARI GURU "

Daripada Unit Media PSS 2012

Khamis, 10 Mei 2012

KEM NILAM KEBANGSAAN 2012

Kem tersebut dijalankan di BTPN Selangor pada 26 hingga 28 April 2012 lepas dengan melibatkan peserta daripada seluruh Malaysia. Penutup dan kemuncak majlis telah diadakan di Dewan PWTC sempena Pesta Buku yang sedang berlangsung di sana. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dr Amin bin Senin selaku Timbalan KPPM Bahagian Dasar & Pembangunan Pendidikan.

Berikut adalah Keputusan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan dan Tokoh Nilam Kebangsaan 2012. Tahniah kepada semua yang berjaya

KEPUTUSAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Kategori Sekolah Rendah
  1. Tokoh NILAM | Selangor | Sharifah Elira Shahabudin binti Syed Naqiz Shahabudin | SK Seksyen 9
  2. Naib Johan | Terengganu | Nurul Syazwina binti Mohd. Sukri | SK Tapah
  3. Ketiga | WP Kuala Lumpur | Cecelia Tan Xiyie | SK Puteri Pandan 2
  4. Saguhati | Negeri Sembilan | Nur Aliah Afiqah binti Mohd Sidik | SK Chembong
  5. Saguhati | Sarawak | Rachel Boon Hui Hui | SK Jalan Ong Tiang Swee
Kategori Sekolah Menengah
  1. Tokoh NILAM | WP Kuala Lumpur Regina Tan Jia Xin | SMK Aminuddin Baki
  2. Naib Johan | Perak Anand Phraseart a/l Ma Noon | SMK Taman Tasek Taiping
  3. Ketiga | Johor | Nadsri bin Amir | SMK Sri Alam
  4. Saguhati | Pahang | Wan Nurul Izzati binti Wan Mohamad Zahari | SM Sains Tengku Abdullah
  5. Saguhati | Sarawak | Edward Sim Chi Pheng | SMK St. Joseph, Kuching
  
KEPUTUSAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Sekolah Rendah
  1. Juara | Johor | SK Ledang
  2. Naib Johan | Sabah | SK Taman Rimba
  3. Ketiga | Kelantan |SK Panji
  4. Keempat | Perak | SK Taman Jana
  5. Kelima | Melaka | SK Bukit Baru
Sekolah Menengah
  1. Juara | Kelantan | SMK Zainab 1
  2. Naib Johan | Kedah | SMK Pekula Jaya
  3. Ketiga | Johor | SMK Parit Bunga
  4. Keempat | Pahang | SMK Inderapura
  5. Kelima | Negeri Sembilan | SMK King George V

 Gambar :
Kelantan
Anugerah PSS 2012
NIZ_8349
Anugerah NILAM Kebangsaan 2012




KEM JATI DIRI KELAB PSS TAHUN 2012

TARIKH     : 5 DAN 6 MEI 2012
HARI          : SABTU HINGGA AHAD
TEMPAT     : LAGUNA AGRO, SETIU, TERENGGANU.
PESERTA   : 40 ORANG AHLI KELAB PSS
GURU        : 8 ORANG GURU

OBJEKTIF  : 
  1. MELATIH KERJA BERKUMPULAN, PATUH KEPADA PERATURAN DAN ARAHAN SERTA HORMAT-MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.
  2. MEMUPUK KESABARAN DAN SEMANGAT KERJASAMA SEMASA DI DALAM SITUASI KESUKARAN.
  3. MEMBERI MOTIVASI KEPADA PELAJAR DALAM MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI DAN BERUPAYA MELAKSANAKAN TUGASAN YANG MENCABAR.
 AKTIVITI :

AKTIVITI LASAK DAN LDK

GAMBAR :

AKTIVITI HARI PERTAMA

AKTIVITI PADA WAKTU MALAM

AKTIVITI HARI KEDUA