Khamis, 25 Oktober 2012

LAWATAN PENANDA ARAS PSS BTPN TERENGGANU KE BTPN SELANGOR DAN WP KUALA LUMPUR

Aktiviti : Lawatan Penanda Aras PSS BTPN Terengganu ke BTPN Selangor dan WP Kuala Lumpur

Tarikh : 22 hingga 24 Oktober 2012

Disertai : 38 orang ( Terdiri daripada GPM, Wakil PKG dan Pegawai BTPN Negeri Terengganu )

Gambar :

DI PERPUSTAKAAN TUN RAJA UDA, SHAH ALAM
ANTARA RAKAN GPM YANG MENYERTAI LAWATAN INI
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN DI SMK SEKSYEN 9, SHAH ALAM.
 

DAFTAR SEBELUM MASUK KE DEWAN
 

MAKAN MALAM DI TAMAN TASIK PUTRAJAYA
PERPUSTAKAAN AWAM NEGARA






Rabu, 24 Oktober 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012

Tarikh           : 24 Oktober 2012 
Hari              : Rabu
Tempat         : Dewan Makan Asrama SMKBP 
Objektif        :          
  1. Mengerakkan prgram atau akitiviti galakan membaca. 
  2. Memupuk minat membaca secara berterusan dan juga sepanjang hayat 
  3. Menjadikan PSS atau Perpustakaan Sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan.


Sasaran        : Semua Pelajar tingkatan 1, 2 dan 3

Sebahagian peserta kem
Ucapan Perasmian oleh GPK Pentadbiran, En. Mazelam bin Jaafar
 

Taklimat teknik membaca
Hadiah untuk peserta
Bergambar kenangan




Rabu, 3 Oktober 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN PSS 2012

Jamuan Akhir Tahun PSS untuk tahun 2012....diadakan di Pusat Sumber Sekolah pada 3 Oktober 2012 lepas. Jamuan bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang. Syukur semua berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru PSS yang bersama-sama membuat persiapan untuk jamuan ini. Terima kasih juga buat semua pengawas PSS yang sporting dan memberi kerjasama yang baik.
Terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang hadir ke jamuan ini.

Antara juadah yang dihidangkan

Antara guru yang hadir






Pengawas PSS yang sedang menjamu selera

Sedang nikmati Buah-buahan tempatan

Selasa, 4 September 2012

BULAN MEMBACA SMKBP 2012

PENDAHULUAN

Bulan Julai merupakan Bulan Membaca Peringkat Kebangsaan yang akan disambut setiap tahun di semua peringkat institusi pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa Kerja PSS, Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Inggeris akan menganjurkan beberapa siri aktiviti dan pertandingan dengan harapan memberi semangat kepada semua warga pelajar khususnya di SMK Bukit Payong selain menggalakkan mereka melakukan perkara-perkara yang berfaedah kepada diri, agama, bangsa dan negara.

 OBJEKTIF        
  1. Meningkatkan minat pelajar untuk membaca.
  2. Menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti ilmiah.
  3. Menggalakkan pelajar mengunjungi perpustakaan yang menyediakan pelbagai bahan bacaan dan rujukan.
  4. Menjayakan perancangan aktiviti Pusat Sumber untuk mewujudkan masyarakat pelajar yang berilmu dan bermaklumat.
SASARAN     :           Warga SMK Bukit Payong

TARIKH        :           15 Julai – 12 Ogos 2012

AKTIVITI       :
  • Majlis pelancaran Bulan Membaca
  • Lawatan ke Karnival Buku di TTC
  • Pertandingan Mewarna Batik
  • Bengkel Kreatif
  • Pertandingan Melukis Poster
  • Pertandingan Teka Tebalku
  • Pertandingan Menulis Esei
  • Pertandingan 'Jigsaw Puzzle'
  • Pertandingan Cariku
  • Pertandingan dialog Kreatif
  • Pertandingan Silangkata
  • Kutipan Data Nilam
  • Pengunjung Bertuah
  • Peminjam Terbanyak
  • Program Bacathon
  • Majlis Penutup dan penyampaian hadiah
 GAMBAR AKTIVITI :

Lawatan ke Karnival Buku dan Bengkel Mewarna Batik
Majlis Pelancaran dan Pertandingan Mewarna Batik
Bengkel Kreatif
Program 'Bacathon'


 

ROJAK BUAH RAYA 2012

Pada Khamis, 30/8/2012 lepas, sempena sambutan merdeka raya peringkat sekolah...diadakan jamuan raya di Dewan Mercu untuk semua warga sekolah..tema pakaian ialah pakaian raya. Menjadi kemestian pula, setiap kali jamuan raya diadakan, PSS menyediakan rojak buah..ROJAK BUAH RAYA. Bergotong royong guru PSS dan pengawas PSS menyediakan juadah ini.
Aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan antara guru PSS dan Pengawas PSS. Terima kasih semua atas kerjasama dan sokongan kalian semua...terima kasih.

Antara gambar yang diambil:

Antara guru dan pengawas PSS yang terlibat.
Potong buah
 







Dah siap....sedia untuk dibawa ke dewan

 

Ahad, 27 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2012
Pada 21 Mei 2012 yang lepas, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung dengan meriah  dimana disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Perasmian Hari Guru yang gilang-gemilang itu telah disempurnakan dengan paluan kertok oleh YAB Menteri Besar Terengganu dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin, dif jemputan dan warga pendidik seramai 3,000 orang.

Antara 3 000 orang pendidik yang hadir
Bekas Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Terengganu, Mohd. Nor Othman, 60, telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri sempena majlis sambutan Hari Guru ke-41 peringkat negeri tahun ini. Beliau ketika ditemui selepas majlis tersebut, menyifatkan kerjaya sebagai guru selama 32 tahun adalah mencabar dan menganggapnya sebagai ibadah untuk memotivasikan dirinya melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan cemerlang. Beliau yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berazam terus memberi sumbangan terhadap sektor pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu yang mahu dikenali sebagai negeri anjung ilmu dan kuasa baru pendidikan tanah air.

Tokoh Guru  Negeri Tahun 2012
Bersama rakan-rakan guru yang hadir

Selasa, 15 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2012


16 Mei datang lagi... Kami Pengawas PSS mengucapkan Selamat Hari Guru kepada En. Mustapa Bin Abd Razak,Tn. Pengetua, barisan pentadbir dan semua guru SMK Bukit Payong. Budi dan jasa guru dikenang sepanjang hayat.

Juga Ucapan Selamat hari guru untuk semua guru PSS, antaranya Cikgu Noraini, Cikgu Rusnani, Cikgu Maria, Cikgu Noor Adila, Cikgu Nor Aiani, Cikgu Hasdarina, Cikgu Wani, Cikgu Shakeri, Cikgu Saifuddin, Cikgu Asmadi, Cikgu Khairulazwa, Cikgu Siti Nur Fatihah, Cikgu Rohana, Cikgu Anis, Cikgu Anisah, Cikgu Siti Faizah dan ramai lagi. Terima kasih atas kerjasama cikgu semua.

Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada guru-guru yang sering ke perpustakaan dan menggunakan kemudahan Pusat Sumber sekolah kita..teruskan sokongan untuk pusat sumber kita. Terima kasih cikgu....Kami mohon maaf jika ada antara kami yang melakukan kesilapan. maafkan kami.

Kepada semua rakan pengawas PSS, terima kasih atas idea dan kerjasama kalian dalam menyiapkan perhargaan untuk guru-guru dalam bentuk kad ucapan dan hadiah yang disediakan. Terima kasih..

Pengawas PSS

Di bawah ni...ada pantun untuk sama-sama hayati..

 A-B-C dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu






" SELAMAT HARI GURU "

Daripada Unit Media PSS 2012

Khamis, 10 Mei 2012

KEM NILAM KEBANGSAAN 2012

Kem tersebut dijalankan di BTPN Selangor pada 26 hingga 28 April 2012 lepas dengan melibatkan peserta daripada seluruh Malaysia. Penutup dan kemuncak majlis telah diadakan di Dewan PWTC sempena Pesta Buku yang sedang berlangsung di sana. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dr Amin bin Senin selaku Timbalan KPPM Bahagian Dasar & Pembangunan Pendidikan.

Berikut adalah Keputusan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan dan Tokoh Nilam Kebangsaan 2012. Tahniah kepada semua yang berjaya

KEPUTUSAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Kategori Sekolah Rendah
  1. Tokoh NILAM | Selangor | Sharifah Elira Shahabudin binti Syed Naqiz Shahabudin | SK Seksyen 9
  2. Naib Johan | Terengganu | Nurul Syazwina binti Mohd. Sukri | SK Tapah
  3. Ketiga | WP Kuala Lumpur | Cecelia Tan Xiyie | SK Puteri Pandan 2
  4. Saguhati | Negeri Sembilan | Nur Aliah Afiqah binti Mohd Sidik | SK Chembong
  5. Saguhati | Sarawak | Rachel Boon Hui Hui | SK Jalan Ong Tiang Swee
Kategori Sekolah Menengah
  1. Tokoh NILAM | WP Kuala Lumpur Regina Tan Jia Xin | SMK Aminuddin Baki
  2. Naib Johan | Perak Anand Phraseart a/l Ma Noon | SMK Taman Tasek Taiping
  3. Ketiga | Johor | Nadsri bin Amir | SMK Sri Alam
  4. Saguhati | Pahang | Wan Nurul Izzati binti Wan Mohamad Zahari | SM Sains Tengku Abdullah
  5. Saguhati | Sarawak | Edward Sim Chi Pheng | SMK St. Joseph, Kuching
  
KEPUTUSAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Sekolah Rendah
  1. Juara | Johor | SK Ledang
  2. Naib Johan | Sabah | SK Taman Rimba
  3. Ketiga | Kelantan |SK Panji
  4. Keempat | Perak | SK Taman Jana
  5. Kelima | Melaka | SK Bukit Baru
Sekolah Menengah
  1. Juara | Kelantan | SMK Zainab 1
  2. Naib Johan | Kedah | SMK Pekula Jaya
  3. Ketiga | Johor | SMK Parit Bunga
  4. Keempat | Pahang | SMK Inderapura
  5. Kelima | Negeri Sembilan | SMK King George V

 Gambar :
Kelantan
Anugerah PSS 2012
NIZ_8349
Anugerah NILAM Kebangsaan 2012




KEM JATI DIRI KELAB PSS TAHUN 2012

TARIKH     : 5 DAN 6 MEI 2012
HARI          : SABTU HINGGA AHAD
TEMPAT     : LAGUNA AGRO, SETIU, TERENGGANU.
PESERTA   : 40 ORANG AHLI KELAB PSS
GURU        : 8 ORANG GURU

OBJEKTIF  : 
  1. MELATIH KERJA BERKUMPULAN, PATUH KEPADA PERATURAN DAN ARAHAN SERTA HORMAT-MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.
  2. MEMUPUK KESABARAN DAN SEMANGAT KERJASAMA SEMASA DI DALAM SITUASI KESUKARAN.
  3. MEMBERI MOTIVASI KEPADA PELAJAR DALAM MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI DAN BERUPAYA MELAKSANAKAN TUGASAN YANG MENCABAR.
 AKTIVITI :

AKTIVITI LASAK DAN LDK

GAMBAR :

AKTIVITI HARI PERTAMA

AKTIVITI PADA WAKTU MALAM

AKTIVITI HARI KEDUA