Selasa, 4 September 2012

BULAN MEMBACA SMKBP 2012

PENDAHULUAN

Bulan Julai merupakan Bulan Membaca Peringkat Kebangsaan yang akan disambut setiap tahun di semua peringkat institusi pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa Kerja PSS, Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Inggeris akan menganjurkan beberapa siri aktiviti dan pertandingan dengan harapan memberi semangat kepada semua warga pelajar khususnya di SMK Bukit Payong selain menggalakkan mereka melakukan perkara-perkara yang berfaedah kepada diri, agama, bangsa dan negara.

 OBJEKTIF        
  1. Meningkatkan minat pelajar untuk membaca.
  2. Menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti ilmiah.
  3. Menggalakkan pelajar mengunjungi perpustakaan yang menyediakan pelbagai bahan bacaan dan rujukan.
  4. Menjayakan perancangan aktiviti Pusat Sumber untuk mewujudkan masyarakat pelajar yang berilmu dan bermaklumat.
SASARAN     :           Warga SMK Bukit Payong

TARIKH        :           15 Julai – 12 Ogos 2012

AKTIVITI       :
  • Majlis pelancaran Bulan Membaca
  • Lawatan ke Karnival Buku di TTC
  • Pertandingan Mewarna Batik
  • Bengkel Kreatif
  • Pertandingan Melukis Poster
  • Pertandingan Teka Tebalku
  • Pertandingan Menulis Esei
  • Pertandingan 'Jigsaw Puzzle'
  • Pertandingan Cariku
  • Pertandingan dialog Kreatif
  • Pertandingan Silangkata
  • Kutipan Data Nilam
  • Pengunjung Bertuah
  • Peminjam Terbanyak
  • Program Bacathon
  • Majlis Penutup dan penyampaian hadiah
 GAMBAR AKTIVITI :

Lawatan ke Karnival Buku dan Bengkel Mewarna Batik
Majlis Pelancaran dan Pertandingan Mewarna Batik
Bengkel Kreatif
Program 'Bacathon'


 

ROJAK BUAH RAYA 2012

Pada Khamis, 30/8/2012 lepas, sempena sambutan merdeka raya peringkat sekolah...diadakan jamuan raya di Dewan Mercu untuk semua warga sekolah..tema pakaian ialah pakaian raya. Menjadi kemestian pula, setiap kali jamuan raya diadakan, PSS menyediakan rojak buah..ROJAK BUAH RAYA. Bergotong royong guru PSS dan pengawas PSS menyediakan juadah ini.
Aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan antara guru PSS dan Pengawas PSS. Terima kasih semua atas kerjasama dan sokongan kalian semua...terima kasih.

Antara gambar yang diambil:

Antara guru dan pengawas PSS yang terlibat.
Potong buah
 







Dah siap....sedia untuk dibawa ke dewan