Rabu, 28 Mac 2012

ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN TAHUN 2012


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menganjurkan Anugerah NILAM dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS) Peringkat Kebangsaan 2012 yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.


Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan pula bertujuan meningkatkan bilangan PSS yang berkualiti dan berfungsi yang menjadi pemangkin kepada pembudayaan literasi maklumat dalam kalangan murid.
Penilaian APSS akan dilaksanakan pada bulan Mac – April 2012 manakala penilaian Anugerah NILAM akan diadakan pada 26 April 2012. Kesemua calon untuk kedua-dua Anugerah akan mengikuti program Kembara NILAM 1Malaysia pada 25 – 30 April 2012. Majlis Anugerah akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dato’ Ir. Dr. Wee Ka Siong pada 29 April 2012 semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
 
 
 

KEMBARA NILAM TAHUN 2012


 TARIKH      : 19 - 21 MAC 2012

TEMPAT     : BTPNT, MARANG, TERENGGANU

SASARAN  : SEMUA CALON TOKOH NILAM DAN GURU PENGIRING DARI SETIAP DAERAH NEGERI TERENGGANU. UNTUK KATEGORI SM BANDAR DIWAKILI OLEH SM (A) IMTIAZ BESUT, KATEGORI SM LUAR BANDAR DIWAKILI OLEH SMK BUKIT PAYONG, MANAKALA  2 CALON LAGI DARI SEKOLAH RENDAH UNTUK KATEGORI SR BANDAR DAN SR LUAR BANDAR

AKTIVITI   :

19 MAC 2012
  • Pendaftaran
  • Taklimat awal
  • Mengemaskini data calon dan penyerahan borang penyertaan
  • Minum petang
  • Pendaftaran Asrama
  • Riadah
  • Makan malam, solat dan rehat
  • Ujian Penulisan - semua calon berada di Bilik Seminar untuk Ujian Penulisan 
  • Taklimat Bengkel Modul Jejak Maklumat - semua guru pengiring berada di Makmal Komputer
  • Minum mlam dan Rehat
20 MAC 2012
  • Solat Subuh Berjemaah
  • Senamrobik
  • Sarapan pagi 
  • Sesi Temuduga Individu dan Temuduga Kumpulan untuk semua calon manakala guru pengiring menyiapkan modul Jejak Maklumt.
  • Rehat, makan tengah hari dan solat
  • Lawatan ke UMT
  • Rehat, Makan malam dan solat
  • Slot Resensi Buku untuk Semua Calon di Bilik Seminar manakala guru hadir di makmal komputer untuk slot pembentangan hasil kerja modul Jejak Maklumat
  • Minum malam dan Rehat
21 MAC 2012
  • Solat Subuh Berjemaah
  • Senamrobik
  • Sarapan pagi
  • Program Jejak Maklumat
  • Minum pagi
  • Majlis Penutup Kembara NILAM tahun 2012
  • Bersurai dan bertolak pulang

KEPUTUSAN : 

KATEGORI SM BANDAR
  1. ANIS RAIHAN BINTI ASMADI     ( SMKA SHEIKH ABDUL MALEK, KUALA TERENGGANU )
  2. AHMAD ZAHIRUDDIN BIN JAMAL ABDUL NASIR   ( SM IMTIAZ BESUT, BESUT )
  3. FADZILLAH AISYAH BINTI FADZIL SUHAIMI   ( SMK SULTAN OMAR, DUNGUN )
 KATEGORI SM LUAR BANDAR 
  1. NUR ALIYA AMIRA BINTI ROHADI    ( SMK BUKIT SAWA, HULU TERENGGANU )
  2. NOOR ATIKAH BINTI SUKRI      ( SMK BUKIT PAYONG, BESUT )
  3. KHADIJAH BINTI EMBONG   ( SMK SULTAN OMAR, DUNGUN )
KATEGORI SR BANDAR
  1. NURSYIBRA SALMA BINTI CHE RAHIM (SK KOMPLEKS GONG BADAK, KUALA TERENGGANU )
  2. MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD SHARIF (SK TENGKU AMPUAN INTAN, KUALA TERENGGANU )
  3. NUR ANNAS NASUHA BINTI MOHD SHAHIRAN ( SK BATU 48, DUNGUN )
 KATEGORI SR LUAR BANDAR
  1. NUR SYAZWINA BINTI MOHD SUKRI  ( SK TAPAH, H TERENGGANU )
  2. NUR ALIYA SYAFIQA BINTI MOHD OTHMAN ( SK TANJUNG PATI, DUNGUN )
  3. FARAH FARHANA BINTI ROZLI ( SK MENGABANG TELIPOT, K TERENGGANU )
TOKOH NILAM NEGERI TERENGGANU ( KESELURUHAN )

KATEGORI SEKOLAH RENDAH :  
                       NUR SYAZWINA BINTI MOHD SUKRI (SK TAPAH, HULU TERENGGANU )  

KATEGORI SEKOLAHMENENGAH :
                      ANIS RAIHAN BINTI ASMADI  ( SMKA SHEIKH ABDUL MALEK, KUALA TERENGGANU )


SELEPAS PENDAFTARAN
RIADAH
SELEPAS TEMUDUGA
SEMASA MELAWAT PERPUSTAKAAN DI UMT
PROGRAM JEJAK MAKLUMAT
SEMUA PEMENANG TOKOH SETIAP KATEGORI
CALON-CALON  NILAM DAERAH BESUT
SEMUA CALON NILAM DAERAH BESUT, PIHAK BTPNT DAN GURU-GURU PENGIRING.
NAIB JOHAN TOKOH NILAM KATEGORI SM LUAR BANDAR BERSAMA GURU PENGIRING

Selasa, 27 Mac 2012

BENGKEL iNILAM DAN IQPSS

TARIKH      : 25 MAC 2012

MASA         : 8.30 pg - 4.30 ptg

TEMPAT     : BILIK MESYUARAT, PKG SERI PAYONG

ANJURAN  : PKG SERI PAYONG

SASARAN : PENYELARAS PUSAT SUMBER DAN PENYELARAS NILAM SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH HULU BESUT

MENGEMASKINI DATA MURID DALAM iNILAM
ANTARA GURU-GURU YANG TERLIBAT
TAKLIMAT DIBERIKAN OLEH PIHAK PKG SERI PAYONG, TN. HJ SHAFIE


Khamis, 15 Mac 2012

Keputusan SPM 2011 diumum 21 Mac 2012

Selamat Berjaya Dan Semoga Mencapai Ape Yang Diimpikan Kepada Semua Calon SPM 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Jerteh Terengganu.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 akan diumumkan pada hari Rabu 21 Mac 2012 ini, 

Pengumuman analisis keputusan SPM 2011 akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini pada pukul 9 pagi, hari yang sama.

Calon-calon SPM 2011 boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Bagi calon persendirian pula keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.

Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan cara menaip "SPM nombor kad pengenalan nombor angka giliran" dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan ringkas mySMS akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.

Para calon SPM 2012 juga boleh menyemak melalui atas talian di KLIK SINI

Seramai 468,808 calon mendaftar telah menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini.

Sekian Terima Kasih

PSS SMKBP

Ahad, 11 Mac 2012

Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008 diagihkan ke seluruh sekolah

KUALA TERENGGANU – Dua naskah buku ‘Dirgahayu Tuanku: Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008’ akan diagihkan kepada semua 165 sekolah di negeri ini bagi memperteguhkan rasa cinta rakyat terutamanya pelajar kepada Institusi Kesultanan Terengganu.
Bagi tujuan itu, Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) menjalin kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dalam usaha mengagihkan buku sejarah berkenaan.

Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Datuk Mohd Fadzli Yusof, secara keseluruhan sebanyak 330 buku akan diagihkan kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah agama di seluruh negeri.

“Alhamdulillah pihak YDSM amat berterima kasih kepada syarikat AHT & Carriage Sdn Bhd yang diterajui pengasasnya, Datuk Abdullah Taib kerana sudi menaja penyerahan buku ini (Sejarah Kesultanan Terengganu 1708 – 2008).
“Saya percaya buku ini wajar dan amat penting dibaca oleh orang ramai terutamanya pelajar kerana ia memaparkan sejarah (Kesultanan Terengganu) secara komprehensif dan sedikit sebanyak akan memupuk kecintaan terhadap institusi kesultanan yang memayungi negeri kita ini,” katanya.

Selain itu menurut Mohd Fadzli, selaku badan amal yang bertujuan memberi manfaat pengembangan dan kemajuan pelajaran anak Terengganu dalam usaha untuk melahirkan pelajar cemerlang merangkumi segenap aspek.

“Sememangnya menjadi peranan besar bagi kami untuk memberi dan menyediakan khidmat bakti kepada golongan masyarakat yang memerlukan seiring dengan usaha yang dilakukan pihak berkuasa dan pelbagai agensi lain,” katanya.

Terdahulu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan menyempurnakan upacara pelancaran Program-program YDSM di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, di sini.
Daulat Tuanku
Sumber:
Sinar Harian

Jumaat, 9 Mac 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN PELAJAR TAHUN 2012

TARIKH                       : 6 MAC 2012
TEMPAT                      : DEWAN MERCU SMKBP
MASA                          : 8.00 PAGI
DIRASMIKAN OLEH : PEMANGKU PPD BESUT, TN. HAJI AB. HALIM BIN HASSAN

UCAPAN ALU-ALUAN GPK PENTADBIRAN, EN. MAZELAM B. JAAFAR

UCAPAN PERASMIAN OLEH PEMANGKU PPD BESUT, TN. HAJI AB. HALIM B. HASSAN

GURU-GURU PSS


PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN


LAFAZ IKRAR PEMIMPIN

SEMUA PENGAWAS PSS BERSAMA GURU-GURU PSS

UNIT MEDIA ' IQRA'

LAWATAN KE PESTA BUKU NEGERI TERENGGANU


TARIKH PELAKSANAAN : 27 Februari 2012

TAJUK  AKTIVITI             :  LAWATAN KE PESTA BUKU NEGERI TERENGGANU

TEMPAT                             : PUSAT DAGANGAN NEGERI TERENGGANU

SASARAN                          : 38 orang Pengawas PSS dan 2 orang guru pengiring

TAKLIMAT AWAL SEBELUM BERTOLAK
SEMAKAN KEHADIRAN



BERATUR MENAIKI BAS
LAPOR DIRI DAHULU SEBAIK SAHAJA SAMPAI

MELAWAT GERAI JUALAN BUKU
MEMILIH BUKU

GURU PENGIRING: PN HASDARINA DAN PN. WANI
ANTARA GERAI JUALAN YANG DILAWATI
MEMBELI BUKU RUJUKAN YANG SESUAI
SUASANA DALAM BAS WAKTU PERJALANAN PULANG
MAKAN TENGGAH HARI
SAMPAI DI SEKOLAH

BENGKEL PENGURUSAN KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH


TARIKH PELAKSANAAN     :   18 Februari 2012

TEMPAT      :      PUSAT SUMBER SMKBP
 
LATAR  BELAKANG           : 

Pengawas Pusat Sumber berminat terhadap buku tetapi kurang pengetahuan tentang pengurusan buku-buku dalam PSS secara berkesan.


OBJEKTIF AKTIVITI       :

1)      Membentuk pengawas pusat sumber yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berkebolehan menguruskan pusat sumber.
2)      Membentuk kumpulan sokongan dalam menguruskan pusat sumber dengan cekap.
3)      Berupaya menjadikan pusat sumber sebagai tempat rujukan utama murid.
4)      Menceriakan kawasan persekitaran PSS.
5)      Menjalin kerjasama antara guru-guru dan pengawas PSS


SASARAN   :    50 pelajar – Semua pengawas PSS

JADUAL AKTIVITI  :

  1. Pendaftaran
  2. Pembentukan Kumpulan
  3. Slot Pengurusan Perpustakaan
  4. Minum Pagi
  5. Slot Pengkelasan Buku mengikut Sistem Dewey Dan LDK
  6. Solat & Rehat
  7. Teknik Memproses Bahan Buku dan Bukan Buku LDK 
  8. Minum Petang
  9. Majlis Penutup
  10. Bersurai
 GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI  :

PENDAFTARAN PESERTA BENGKEL

TAKLIMAT AWAL

TEKNIK MEMPROSES BAHAN BUKU


TEKNIK MEMPROSES BAHAN BUKAN BUKU

PENGKELASAN BUKU MENGIKUT SISTEM DEWEY


PENGURUSAN PERPUSTAKAAN



KECERIAAN PERPUSTAKAAN


MENYUSUNATUR KEDUDUKAN RAK DAN MEJA

TENAGA FASILITATOR-FASILITATOR BENGKEL