Khamis, 15 Mac 2012

Keputusan SPM 2011 diumum 21 Mac 2012

Selamat Berjaya Dan Semoga Mencapai Ape Yang Diimpikan Kepada Semua Calon SPM 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Jerteh Terengganu.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 akan diumumkan pada hari Rabu 21 Mac 2012 ini, 

Pengumuman analisis keputusan SPM 2011 akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini pada pukul 9 pagi, hari yang sama.

Calon-calon SPM 2011 boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Bagi calon persendirian pula keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.

Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan cara menaip "SPM nombor kad pengenalan nombor angka giliran" dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan ringkas mySMS akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.

Para calon SPM 2012 juga boleh menyemak melalui atas talian di KLIK SINI

Seramai 468,808 calon mendaftar telah menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini.

Sekian Terima Kasih

PSS SMKBP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan