Selasa, 4 September 2012

BULAN MEMBACA SMKBP 2012

PENDAHULUAN

Bulan Julai merupakan Bulan Membaca Peringkat Kebangsaan yang akan disambut setiap tahun di semua peringkat institusi pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa Kerja PSS, Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Inggeris akan menganjurkan beberapa siri aktiviti dan pertandingan dengan harapan memberi semangat kepada semua warga pelajar khususnya di SMK Bukit Payong selain menggalakkan mereka melakukan perkara-perkara yang berfaedah kepada diri, agama, bangsa dan negara.

 OBJEKTIF        
  1. Meningkatkan minat pelajar untuk membaca.
  2. Menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti ilmiah.
  3. Menggalakkan pelajar mengunjungi perpustakaan yang menyediakan pelbagai bahan bacaan dan rujukan.
  4. Menjayakan perancangan aktiviti Pusat Sumber untuk mewujudkan masyarakat pelajar yang berilmu dan bermaklumat.
SASARAN     :           Warga SMK Bukit Payong

TARIKH        :           15 Julai – 12 Ogos 2012

AKTIVITI       :
  • Majlis pelancaran Bulan Membaca
  • Lawatan ke Karnival Buku di TTC
  • Pertandingan Mewarna Batik
  • Bengkel Kreatif
  • Pertandingan Melukis Poster
  • Pertandingan Teka Tebalku
  • Pertandingan Menulis Esei
  • Pertandingan 'Jigsaw Puzzle'
  • Pertandingan Cariku
  • Pertandingan dialog Kreatif
  • Pertandingan Silangkata
  • Kutipan Data Nilam
  • Pengunjung Bertuah
  • Peminjam Terbanyak
  • Program Bacathon
  • Majlis Penutup dan penyampaian hadiah
 GAMBAR AKTIVITI :

Lawatan ke Karnival Buku dan Bengkel Mewarna Batik
Majlis Pelancaran dan Pertandingan Mewarna Batik
Bengkel Kreatif
Program 'Bacathon'


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan