Khamis, 7 Mac 2013

LAWATAN KE KARNIVAL BUKU NEGERI TERENGGANU 2013


TEMPAT        :   Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, Terengganu

TARIKH        :   7 Mac 2013 (KHAMIS)

MASA           :   1 Hari ( 7.45 pg hingga 5.00 ptg )

RASIONAL

Memandangkan pelajar adalah merupakan individu dalam peringkat perkembangan paling signifikan, mereka haruslah diberi pendedahan bahawa membaca adalah sumber ilmu. Oleh itu Pusat Sumber SMK Bukit Payong mengambil peluang mengadakan Lawatan Ke Karnival Buku Negeri Terengganu tahun 2013.  Melalui program yang dijalankan ini adalah diharapkan agar pelajar memperolehi ilmu serta merealisasikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu.

OBJEKTIF
  1. Memperkasakan minat serta mewujudkan  budaya membaca di kalangan murid.
  2. Memberi peluang serta memudahkan murid membeli buku-buku baru untuk koleksi peribadi.                
BILANGAN  TERLIBAT (SASARAN)

40 orang murid daripada tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5
4   orang guru
Jumlah peserta ialah 44  orang

GAMBAR 
Guru Pengiring
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak dalam menjayakan program ini.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan